Kertas kerja ini membincangkan tentang dialek Bintong yang dituturkan oleh penutur natif  Negeri Perlis. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji lima aspek bahasa yang meliputi bidang-bidang yang terdapat dalam linguistik iaitu bidang fonologi yang merupakan bidang mengkaji bunyi bahasa, bidang morfologi yang mengkaji pembentukan kata, bidang sintaksis yang mengkaji pembentukan ayat, bidang semantik yang mengkaji makna seterusnya bidang pragmatik oleh seseorang penutur. Melalui dialek yang dikaji, pengkaji akan menjadikan bahasa standard sebagai penanda aras dalam membuat kajian ini.